LUKISAN
Lukisan boleh didefinisikan dengan pelbagai
makna dan fungsi. Lukisan boleh memberi maksud gambaran sesuatu subjek yang
dilukis berdasarkan apa yang dilihat.
Hal in dapat dibuktikan dengan terdapatnya
bukti sejarah yang menunjukkan lukisan paling awal dipercayai telah dijumpai di
Gua CHauvet, Ardeche, perancis pada tahun 15000- 13000 S.M. Lukisan tersebut
menggambarkan sekumpulan kuda. Lukisan
gambar kuda atau binatang perburuan dipercayai adalah salah satu hasil lukisan
yang dihasilkan oleh manusia pada zaman paleolitik.
Terdapat beberapa definisi lain yang
menerangkan maksud yang hampir sama tentang apa itu lukisan. Antaranya seperti
menurut kamus Oxford, lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan tidak
menggunakan warna walaupun menggunakan warna secara terhad.
Menurut Marhanim A.Razak dan Mohd shahrizal
dolah (2007) pula, lukisan adalah aktiviti penghasilan karya yang bertujuan
mengkaji struktur bentuk objek atau imej yang dilukis secara teliti. Lukisan
juga adalah untuk menyatakan luahan emosi, keintelektualan dan spiritual manusia.
Manakala menurut Mazlan Mukhtar dan Nor Aslina
Mamat (2009), lukisan adalah satu teknik mengambarkan dengan menggunakan media
kering atau warna yang paling minimum. Lukisan adalah proses awal dalam catan,
cetakan, seni grafik, arca dan sebagainya sebelum karya sebenar dihasilkan.
Lukisan ialah karya seni atau hasil kerja yang dihasilkan di atas sesuatu
permukaan.
Selain itu, menurut Sarah Simblet (2004),
lukisan adalah ungkapan atau perluahan serta merta dalam melihat, berfikir dan
perasaan. Lukisan adalah alat untuk mengkaji idea dan pengetahuan, rakaman
serta refleksi pengalaman. Lukisan adalah cermin yang membolehkan kita melihat
dunia dan apa yang ada dalam fikiran.
Secara kesimpulannya lukisan ialah seni
yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan. Lukisan ialah hasil seni 2
dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pastel,
arang, pen marker, pensel warna, pastel dan sebagainya. Penggunaan dakwat
termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan. Proses
melakukan garisan, melorek ton dan juga menggosok juga dipanggil lukisan.
Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan keatas sesuatu hasil
kerja di namakan lukisan bergantung kepada penggunaan gaya yang ekspesif dan
nyata.
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang
dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej
dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan
adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual
kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti
pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi
garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.
Lukisan berbeza dengan lakaran. Lukisan
merupakan kerja peringkat kedua yang melibatkan kerja lebih sistematik untuk
mendapatkan kesan ton, jalinan, pencahayaan, ruang dan lain-lain. Gambaran
dilakukan di atas permukaan rata dan merupakan gabungan garisan dan ton warna.
Lukisan juga boleh memberikan makna yang tertentu kapada audiens menerusi imej
yang dilukis.
Rujukan
Marhanim A. Razak, Mohd. Shahrizal Dolah
(2007). Teks STPM: Seni Visual. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mazlan Mukhtar, Nor Aslina Mamat (2009).
Pendidikan Seni Visual SPM. Selangor: PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.
Simblet, Sarah (2004). The Drawing Book.
London: Darling Kindersley Limited.
http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/definisi-lukisan.html
http://wareyzseni.blogspot.com/2009/12/menggambar.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.